Sinopsis Wanita Syurga

Menceritakan tentang Ardini yang ikhlas menjadi isteri kepada Amar, lelaki yang dicintainya namun ketika cintanya dikhianati dia juga harus bersedia kehilangan kedua-dua permata hatinya, Wana dan Warith.

Kisah bermula apabila Ardini meninggalkan kerjayanya sebagai pereka dalaman semata-mata untuk memberi tumpuan kepada keluarganya.

Kehidupan Ardini dan Amar bahagia di samping dua cahayamata mereka iaitu Wana dan Warith. Namun, langit tidak sentiasa cerah, sehingga kemunculan orang ketiga, Farah.

Amar dan Farah berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan keluarga. Sejak itu, kehidupan Ardini dan anak-anaknya terabai kerana Amar melebihkan Farah kerana dia seorang yang bekerjaya.

Ardini mendapat sokongan Puan Faizah, ibu mertuanya menjalani masalah rumah tangganya. Ardini bangkit semula untuk mempertahankan haknya sebagai seorang ibu.

Kedatangan Luqman, peguam syarie yang juga kawan sekampung Ardini membuatkan Ardini kembali bernafas dan nekad untuk mendapatkan kembali haknya yang di rampas oleh Amar dan Farah. Mampukah Ardini mendapatkan semula haknya yang hilang?

Berkaitan